Monday 13 August 2012

Kisah Seorang Perempauan

Runtuh hati aku tatkala melihat wanita, perempuan, isteri atau ibu kepada sebuah keluarga bila mana dia tidak mampu menghargai kasih seorang suami,lelaki,abang,papa dan ayah kepada anak yang dikandung dan ketua kepada keluarga... Ya mungkin aku mewakili hati seorang lelaki, namun disebalik kelakian, kejantanan, atau kekerasan seorang lelaki akan terhimpun sedikit kelembutan di hati mereka. Kalau tiada sedikit himpunan lembut itu masakan seorang lelaki mampu mengasihani seorang kekasih,ibu mahupun keluarga... hati kecil aku terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita, seorang wanita yang menjadi sahabat aku dari dulu sehinggalah sekarang...beliau seorang wanita secara dasar dan zahirnya seorang yang sangat cantik...sesiapa sahaja akan melirikkan mata tatkala melihatnya berjalan...beliau sudahpun meniti ke angka 2 tahun alam perkahwinan...namun takdir memisahkan mereka... dari carita beliau suaminya mendera beliau secara fizikal dan metal. Kata beliau suaminya menggunakan duitnya hartanya dan kepuasan nafsu semata-mata tanpa memikirkan anak dan beliau. Untuk makluman beliau sudah memiliki anak yang berusia 2 tahun... Tuhan mahu tunjukkan jalan kepada aku.. baru-baru ini ketika aku pulang ke melaka, aku terserempak dengan suaminya...untuk pengetahuan suaminya juga sahabat aku...aku bertanya apa cerita kisah kau dan dia... tanpa segan dia bercerita... kata dia hati suami mana yang tak hancur bila melihat si isteri bersama lelaki lain. Ya benar aku tidak kerja sehebat dia (lelaki)itu. kalau aku ini miskin habiskan duit dia masakan aku mampu pinang dia dengan RM25,000 amer. Masakan aku mampu membeli sebuah rumah (2 tingkat) untuk kami, kereta (perdana) untuk dia, duit dan emas jangan cakap semua untuk dia. Suami mana yang tidak sayangkan isteri? Suami mana yang mahukan hidup keluarga mereka tunggang langgang. Ayah mana mahu lihat anak menderita? cuba kau bagitahu aku? Tergamam aku mendengar. Ada benar cerita dia. Kalau begitu kenapa pula isteri kau mahu menabur fitnah? kata suami itu "kalau aku menabur fitnah kenapa keluarga dia membantu aku? kenapa keluarga dia lebih percayakan aku dari anak kandungnya sendiri? Kenapa emak dia datang kepada aku? kau boleh fikir amer...siapa yang salah? kalu kau tak percaya kau boleh tanya mak dia sendiri". terkejut terkesima terkedu aku melihat dan mendengarnya....aku tanyakan benar kau pukul dia ? Ya memang benar amer aku pukul dan tampar dia... "ada kau tanya dia kenapa aku tampar dia? " tidak jawap ku" " Amer kalau kau ditempat aku, kau juga buat perkara yang sama... Bila kau tahu isteri kau bersama jantan laki lain mereka bercinta dibelakang aku...mereka seumpama suami dan isteri. Isteri aku sanggup menipu kononya kuar utk outstation tapi mereka bercengkerama di belakang aku....malah disaat terkantoi dia menidakkan perkara itu. lebih marahnya aku dia sudah pun memfailkan tuntutan cerai....menangis aku amer, merintih aku mahligai yang aku bina lenyap kerana isteri aku hanyut dibuai kesenangan dunia..." sekarang aku mengerti mengapa suaminya mendera secara fizikal dan mental... kata sahabat dan rakan karib aku yang lain... setelah 2 bulan mereka bercerai si wanita atau perempuan itu akan berkawin melihat kepada status FACEBOOK... melihat gambar2 mereka sebenarnya mereka sudah menjalinkan hubungan 1 tahun yang lepas. Semoga si lelaki tabah menghadapi dugaan ini... melihat dari gambar mereka. tidak dinafikan si lelaki baru itu kacak sedikit.... Namun aku kira hati bekas suaminya jauh lebih cantik suci dan menarik...sebab dia buat semua itu kerana SAYANG... aku doakan mereka bahagia dengan jalan mereka pilih... yang penting jangan biarkan ANAK itu terabai... Salam Ramadhan

No comments:

Post a Comment