Tuesday 30 June 2009

kawan

kawan....
susah nak bagi definisi kawan ni....
sebab kawan ni boleh jadi macam-macam.....
ada kawan yang baik sangat...
ada yang plastik dan sintetik...
by the way aku ni pun plastik gak hahahahh....
tapi buat kawan-kawan baik aku...
pasti kenal aku bila plastik atau tidak...
disebabkan aku dilahirkan begitu peramah...
aku memiliki ramai kawan...

masa aku di universiti baru aku kenal kawan yang sejati atau tidak...
dari aku part 1 aku hanya berkawan dengan fahmi,shida, dan cekna...
inilah kawan masa senang dan susah....
masa kau part 2 aku kenal dibah....dia pun kawan aku masa senang dan susah...
bohonglah klu aku kata kami berkawan tak pernah bergaduh...
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kami.....

kalau kawan-kawan yang lain tu....
kawan baik aku juga......
cuma mungkon aku tak rapat sangat dengan diaorang....
lupa pula aku kat seorang ni....dayah...
dia pun kawan baik aku..
aku suka kawan dengan dia...

waktu aku kat part 6
ramai kawan yang aku kenal...
saat tu baru aku tahu sapa kawan sapa lawan
aku ucapkan terima kasih buat alias....wanda....sutat...dan paat...
tak lupa juga akad.....que dan malik

banyak benda dan peristiwa yang tak dapat dilupakan...
saat bersama kalian semua...akan aku zahirkan satu persatu didalam blog ini
cuma kalian nantikan sahaja.....

Saturday 27 June 2009

Cinta

tak salah untuk mentafsir cinta...
tak salah juga untuk mengenal cinta....
tak salah juga kalau mencari cinta....
macam program mencari cinta...

tapi apa yg ingin disampaikan ialah..
semangat dan rasa cinta pada negara
macamana nak zahirkan.....?

sebenarnya aku terpanggil persoalan kawan baik aku
f bukan nama sebenar.....
"kata nya salah ke kerajaan nak buat program 1 malaysia"
buat F...
sememangnya tak salah....
aku pun tak rasa salah....
bagus apa yang kerajaan buat....
tp sedar atau tidak ini hanyalah pembawakan ideologi setiap pemimpin...
kalau tun mahathir....islam madani...bersih cekap dan amanah...negara bangsa
kalau tun abdullah....islam hadhari...modal insan....
kalau dato'seri najib....1 malaysia....kerajaan perpaduan....

terima atau tidak inilah senario corak politik pemimpin
mereka akan pasti membawa satu ideologi baru....
setiap kali bertukar pemimpin pasti bertukar ideologi...
bukan itu sahaja dulu sebuah ipta mewajibkan pelajarnya mengambil subjek ctu 553
dan didalamnya ada terkandung bahagian islam hadhari...
hari ini bahagian itu telah dimansuhkan....
kerana apa?
pikir sendiri....
sebenarnya setiap perkara yang ingin dibawa adalah sama....
cuma yang membezakan ialah perkataan dan pendekatan....
namun diakhir cerita adalah untuk rakyat.....
kenapa untuk rakyat...sebab itulah maksud kerajaan sebenarnya....

inilah yang dikatakan satu pembaziran...
aku tak menentang kerajaan.. malah aku sentiasa dibelakang kerajaan
cuma apa yg ingin aku sampaikan...pada masa dan ketika ini...
kita didalam kekurangan duit...
ramai orang diberhentikan kerja... gara-gara krisis ekonomi...
kalau benarlah ingin membawa konsep satu malaysia....
mari kita ramai-ramai sebagai satu malaysia....
bersama-sama membantu dan mengawal krisis ekonomi....
kita bantu mereka yang susah....
kita bantu kerajaan...
kerajaan pula....
tidak akan melabur dalam program-program
yang membazir...
nanti aku akan ceritakan satu agensi kerajaan ...
yang membazir didalam satu program yang mereka lakukan....
bukan sikit tapi berjuta-juta...
hanya kerana satu malaysia...
apapun...
aku tetap bersama-sama kerajaan dan pemimpin( perdana menteri )
marilah kita bersama-sama.....

Friday 26 June 2009

Satu........

ni semua gara-gara konsep 1 Malaysia...
pagi ni aku menyaksikan perasmian logo 1Malaysia n lagu 1 Malaysia...
paling penting 11500 orang hadir pada perasmian tu..
kat mana klu buka dataran merdeka....
mcmana boleh hadir sebegitu ramai....
jawapannya adalah kakitangan kerajaan, dicampur pula orang ramai yang mahu turut menyaksikan satu lagi pembaziran wang rakyat....
paling penting acaranya ialah senam erobik berkonsepkan tarian acuan rakyat malaysia yang berorentasikan masyarakat majmuk....
dibawalah lagu-lagu rakyat....pada awalnya kira oklah....
tiba-tiba....lagu "jum baliqa" atau lebih tepat irama bollywood dibawa sebagai iringan
bukan tu je....
hari ini aku melihat Perdana Menteri Malaysia....dan menteri -menteri yang seangkatan dengannya...
meraikan bersama...mereka turut turun padang bersama-sama menari senam erobik...
syabas buat mereka...pemimpin berjiwa rakyat...
tapi kenapa konsep satu malaysia perlu dizahirkan melalui seni tari????????????????????