Tuesday 19 June 2012

Kelebihan dari -Nya

Kelebihan Bila bercerita tentang kelebihan, saya kira semua orang ada kelebihan masing-masing. Namun secara sedar atau tidak ramai orang sekarang ini selalu menyalahkan tuhan mereka kerana tidak diberikan kelebihan. Perasaan menginginkan lekebihan ini terjadi apabila wujud persaingan di sifat cemburu didalam hati kita melihat kesenangan dan kelebihan orang lain. bila becerita akan kelebihan teringat aku sebuah kisah. Dulu aku selalu menyalahkan takdir kenapa aku tidak diberikan kesenangan seperti orang lain. Aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang keluarganya kaya,senang, dan sentiasa memiliki kasih sayang. tapi nak kata aku kaya jauh sekali, nak kata senang kira ok-ok sahaja, tapi bila bercerita kasih sayang susah nak cakap. Aku tak menafikan hak menerima kasih sayang dari ibu saudara, bapa saudara, kawan-kawan, sahabat, cikgu dan masyarakat. Kasih sayang yang aku tuntut ketika itu dari insan yang bernama AYAH. Ya, memang benar ayah aku atau panggilannya papa tidak pernah sekali menaikkan suara atau jentik aku apatah lagi pukul. Namum kelebihan yang ingin aku kongsi kepada semua bila papa aku tidak memberikan kasih sayang.Kasih sayang dari seorang ayah yang aku ingin rasa sehingga saat ini seperti cuci kereta,berkebun, tengok bola dan apa sahaja aktiviti anak lelaki bersama ayahnya. Aku sedeh aku kecewa aku cemburu bila mana melihat ayah orang lain bersama anak-anak begitu mesra.Anak akan dimarah bila buat salah, anak akan dihukum bila tinggalkan solat. Papa jauh sekali, tidak pernah ambil tahu semua tu malah dia tinggalkan aku disaat aku masih mentah. Dibiarkan kami dikampung ditinggalkan sepi tanpa berita, tanpa ceita. Aku kaku menjalani kehidupan tanpa dia dan kehidupan aku hanya bersama mama. Kesian kat mama hari-hari bangun seawal pagi menyediakan juadah untuk jualan... erm sorang wanita yang bekerja di sektor korporat akhirnya kembali ke kampung dek kerana suami yang lalai dan sikap tamak dalam perniagaan akhirnya meruntuhkan nilai kasih sayang sesama keluarga. Bersama mamalah aku membesar diberi kasih sayang. Aku sedih bila lihat kawan-kawan yang ayahnya ambil hantar dan berjemaah di masjid bersama. Tapi aku sepi seorang diri. Papa andai kau baca cerita ini bukan niat aku salahkan papa. Cuma aku sekadar berkongsi. Papa kalau kau tahu kenapa abang jadi begini sebab abang marah abang nak papa rasa apa yang abg rasa sakit kecewa sedih bila di hina dicaci dengan panggilan " kau ni bangkai tak layak hidup, kau sama macam ayah kau" abang jadi sedih. semua berpunca bila pap tinggalkan kami di kampung. Orang panggil abang "hye anak janda" "hye pondan" "itulah anak sapa tu, bapa dia tak tahu nak bela" ayat-ayat tu semua buat abang rasa bodoh dan hina. Ye memang abang lembut tapi abang ada hati papa. abang memberontak, abang salahkan tuhan kenapa takdir abang begini kenapa papa tinggalkan kami. Kami susah, kami sengsara, kami daif.... Namun papa abang dah sedar Tuhan tidak memberikan kelebihan dari sudut ini tapi Allah swt sentiasa memberi kelebihan dari sudut lain. kasih sayang sebenarnya banyak yang aku terima. Mama, ibu,ayah, pak long, mamak, mak e, mak zainah, tok ngah, pn norzlin,busu, ibu ati, adik aku. terima kasih. kasih sayang kalian sentiasa mengingatkan aku masih bekeluarga. Papa, balik akhirnya setelah hampir 5 tahun papa kembali. namun aku sudah memiliki perasaan untu disayangi atau di kasihi. aku ada mama. Papa kalau papa baca coretan ini abang minta maaf. Abang sayang papa sebab hanya tanggungjawab sebagai seorang anak. berikanlah abang masa untuk terima semua ini. Ya Allah aku bersyukur dengan kelebihan yang diberi. Aku mohon keampunan kerana selalu menyalahkan takdir-Mu. Kini aku sedar melalui ujian dari-Mu itu aku mula matang dan menjadi seorang yang berfikiran positif. Kau berikan aku kelebiahan untuk berkongsi erti kehidupan. Kau berikan kesempurnaan kasih sayang dari sudut lain. Terima kasih Allah. Hamba akan sentiasa menjaga kesucian hati ini untuk tidak mengulangi kekilafan lalu. Amer 10.10 pagi 20/02/2012

Sunday 17 June 2012

kawan baru

Lama dah tak menulis di blog sendiri... asyiklah tengok blog orang. erm untuk pengetahuan semua aku dah mula bekerja sebagai pegawai projek (n41) di universiti malaya... erm bukan UiTM walaupun sentiasa dihati hehehheeh...aku selesa and happy bekerja disini. macam semua orang tahu aku ni garang and tegas. tapi bila sampai disini aku tak setegas mana. Mungkin aku masih belum dapat menserasikan diri lagi bersama UM. Tapi aku akan cuba yang terbaik. Kat sini aku ada ramai jenis kawan skematik, lucahtik,egotik,rajintik,poyotik and slambertik hahhahahah new words penjahanamlah aku ni... hahhaha sebelum terlupa aku ni pegawai di UNit Monograf dan Terjemahan Bahasa Melayu hehehhehe hancur kot bahasa aku... apapun aku ni rajin. balik semula pada kawan-kawan aku disini walaupun mereka ni perangai yang macam-macam tapi mereka ni sgt supportif and best...aku tak kisahlah ada diantara mereka tak suka sesama mereka tapi aku kawan semua sayang semua hehehheheh alamak masa kerja buat blog.. ko mampu