Thursday 3 December 2009

adik-adik vc

kenapa orang rasa takut kat aku.....
sedehnya... bila orang yang kita sayang rasa takut kat kita....
makna nya dia bukan sayang kat kita... sebab sayang tapi syang kat kita sebab takut...
adoyyyyyy
rasa macm hina je diri ni......
aku dah cukup bersusah payah untuk org...
aku korban kan masa aku hanya untuk org-org yang aku sayang
tapi apa yang kau dapat....
malapetaka.....
bencana......
kritikal....
buat anda2 semua andai kalian tahu
aku sebenarnya sayang bangat sama kalian ...
susah untuk digambarkan..
biarlah aku sakit pun asalkan dapat membuat kalian mencipta kejayaan aku sanggup
hanya jauhari yang megenal manikam

Wednesday 30 September 2009

kenapa manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada?
aku sebagai manusia yang diciptakan oleh Nya....
mengaku yang diri aku tak pernah puas dengan pap yang diberikan....
alahai... kenapa begini?

raya hari tu aku jumpa semua kawan-kawan lama masa sekolah....
paling penting....
diaorang semua mencari aku.. mengapakah begitu?
entahlah nak ikutkan aku ada je kat melaka
tak pernah pula hilang...

tapi waktu kami berjumpa terlerailah rindu yang sekian lama disimpan....
paling penting mereka semua dah nak kawin
yang dah kawin pun ada juga......
rindu sangat diaorang

Monday 3 August 2009

hari tu masa 23/julai/2009
hari lahir aku yang ke 24.....
hahahha dah tua aku rupanya.....
bye the way aku teringat arwahyarhaman yasmin ahmad....
satu kehilangan besar
pasti kehilangan besar buat negara
marilah kita sedekahkan al-fatihah...
berbalik pada hari tu....
aku terlalu letih mana taknya kerlas habis jam 10 mlm
sah-sahlah sampai rumah kul 11 mlm
than terus tido..
macam tak ingat yg besday aku...
tapi ada seorang insan yang telah buat aku menangis
dia letak hadiah kat dalam almari baju aku...
dia mesej aku dari kul 12 tapi aku tak reply dia cal aku tak angkat...
aku sayang dia....
susah nak jumpa orang macam dia....
walaupun dia tak memiliki apa-apa....
tapi aku sayang dia...lebih dari segalanya.... thanks awk klu awk baca benda ni
buat semua rakan yang wish aku thanks....
shidah i tak marah kat u lah

Monday 13 July 2009

entahlah kenapa

ermm
hari ni hari ke dua aku berada di UiTM Bandarraya Melaka...
semua nya kalut....
semuanya tak seperti dahulu.....
aku rasa bosan
aku tidak merasai perassan untuk berada di sini....
entah kenapa.... perasaan ini ada .....

huh....aku sangat berterima kasih pada kawan baik aku nadirah, badariah, suhaila,dayah, n zila.....
merekalah tempat aku luah kan rasa tak suka nya aku pada BASS
entah kenapa aku disini...

aku harap perasaan ini wujud hanya seketika....
berilah aku ruang dan masa untuk memahami keadaan di sini....
entah kenapa begini keadaannya...

semalam 13/7/2009
adalah hari yang paling buat aku penat.....
mana taknya...aku ambik je jadual
aku tengok kelas aku dari 8.30 pagi dan berakhir jam 6.30 pg........
hahahahahahahha penat sangat......
hari pertama je aku dah kena naik tangga dari tingkat 5 sampai 13
mahu tak mencunggap.....
tension......
disebabkan dah terlalu penat.....
aku kuar seketika dari kelas citu.....
suddenly aku jumpa mis jenny.....
dia pun nampak yg kau penat....hahahahahhahahahahaha

nasib baiklah balik
aku tak kena naik bas
klu tak .......
entahlah kenapa

Saturday 4 July 2009

aku rindu

ermmm..hari ni (4/7/2009) aku dah daftar kat degree
alahai aku rasa rindu sangat kat kawan-kawan aku
mana korang semua...
bila lagi aku akan berjumpa korang.....
alias, wanda, sutat, dibah, wan, fahmi, asfa,alif, biha n kak ita
aku rindu kalian

Tuesday 30 June 2009

kawan

kawan....
susah nak bagi definisi kawan ni....
sebab kawan ni boleh jadi macam-macam.....
ada kawan yang baik sangat...
ada yang plastik dan sintetik...
by the way aku ni pun plastik gak hahahahh....
tapi buat kawan-kawan baik aku...
pasti kenal aku bila plastik atau tidak...
disebabkan aku dilahirkan begitu peramah...
aku memiliki ramai kawan...

masa aku di universiti baru aku kenal kawan yang sejati atau tidak...
dari aku part 1 aku hanya berkawan dengan fahmi,shida, dan cekna...
inilah kawan masa senang dan susah....
masa kau part 2 aku kenal dibah....dia pun kawan aku masa senang dan susah...
bohonglah klu aku kata kami berkawan tak pernah bergaduh...
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kami.....

kalau kawan-kawan yang lain tu....
kawan baik aku juga......
cuma mungkon aku tak rapat sangat dengan diaorang....
lupa pula aku kat seorang ni....dayah...
dia pun kawan baik aku..
aku suka kawan dengan dia...

waktu aku kat part 6
ramai kawan yang aku kenal...
saat tu baru aku tahu sapa kawan sapa lawan
aku ucapkan terima kasih buat alias....wanda....sutat...dan paat...
tak lupa juga akad.....que dan malik

banyak benda dan peristiwa yang tak dapat dilupakan...
saat bersama kalian semua...akan aku zahirkan satu persatu didalam blog ini
cuma kalian nantikan sahaja.....

Saturday 27 June 2009

Cinta

tak salah untuk mentafsir cinta...
tak salah juga untuk mengenal cinta....
tak salah juga kalau mencari cinta....
macam program mencari cinta...

tapi apa yg ingin disampaikan ialah..
semangat dan rasa cinta pada negara
macamana nak zahirkan.....?

sebenarnya aku terpanggil persoalan kawan baik aku
f bukan nama sebenar.....
"kata nya salah ke kerajaan nak buat program 1 malaysia"
buat F...
sememangnya tak salah....
aku pun tak rasa salah....
bagus apa yang kerajaan buat....
tp sedar atau tidak ini hanyalah pembawakan ideologi setiap pemimpin...
kalau tun mahathir....islam madani...bersih cekap dan amanah...negara bangsa
kalau tun abdullah....islam hadhari...modal insan....
kalau dato'seri najib....1 malaysia....kerajaan perpaduan....

terima atau tidak inilah senario corak politik pemimpin
mereka akan pasti membawa satu ideologi baru....
setiap kali bertukar pemimpin pasti bertukar ideologi...
bukan itu sahaja dulu sebuah ipta mewajibkan pelajarnya mengambil subjek ctu 553
dan didalamnya ada terkandung bahagian islam hadhari...
hari ini bahagian itu telah dimansuhkan....
kerana apa?
pikir sendiri....
sebenarnya setiap perkara yang ingin dibawa adalah sama....
cuma yang membezakan ialah perkataan dan pendekatan....
namun diakhir cerita adalah untuk rakyat.....
kenapa untuk rakyat...sebab itulah maksud kerajaan sebenarnya....

inilah yang dikatakan satu pembaziran...
aku tak menentang kerajaan.. malah aku sentiasa dibelakang kerajaan
cuma apa yg ingin aku sampaikan...pada masa dan ketika ini...
kita didalam kekurangan duit...
ramai orang diberhentikan kerja... gara-gara krisis ekonomi...
kalau benarlah ingin membawa konsep satu malaysia....
mari kita ramai-ramai sebagai satu malaysia....
bersama-sama membantu dan mengawal krisis ekonomi....
kita bantu mereka yang susah....
kita bantu kerajaan...
kerajaan pula....
tidak akan melabur dalam program-program
yang membazir...
nanti aku akan ceritakan satu agensi kerajaan ...
yang membazir didalam satu program yang mereka lakukan....
bukan sikit tapi berjuta-juta...
hanya kerana satu malaysia...
apapun...
aku tetap bersama-sama kerajaan dan pemimpin( perdana menteri )
marilah kita bersama-sama.....

Friday 26 June 2009

Satu........

ni semua gara-gara konsep 1 Malaysia...
pagi ni aku menyaksikan perasmian logo 1Malaysia n lagu 1 Malaysia...
paling penting 11500 orang hadir pada perasmian tu..
kat mana klu buka dataran merdeka....
mcmana boleh hadir sebegitu ramai....
jawapannya adalah kakitangan kerajaan, dicampur pula orang ramai yang mahu turut menyaksikan satu lagi pembaziran wang rakyat....
paling penting acaranya ialah senam erobik berkonsepkan tarian acuan rakyat malaysia yang berorentasikan masyarakat majmuk....
dibawalah lagu-lagu rakyat....pada awalnya kira oklah....
tiba-tiba....lagu "jum baliqa" atau lebih tepat irama bollywood dibawa sebagai iringan
bukan tu je....
hari ini aku melihat Perdana Menteri Malaysia....dan menteri -menteri yang seangkatan dengannya...
meraikan bersama...mereka turut turun padang bersama-sama menari senam erobik...
syabas buat mereka...pemimpin berjiwa rakyat...
tapi kenapa konsep satu malaysia perlu dizahirkan melalui seni tari????????????????????