Monday 13 August 2012

Kisah Seorang Perempauan

Runtuh hati aku tatkala melihat wanita, perempuan, isteri atau ibu kepada sebuah keluarga bila mana dia tidak mampu menghargai kasih seorang suami,lelaki,abang,papa dan ayah kepada anak yang dikandung dan ketua kepada keluarga... Ya mungkin aku mewakili hati seorang lelaki, namun disebalik kelakian, kejantanan, atau kekerasan seorang lelaki akan terhimpun sedikit kelembutan di hati mereka. Kalau tiada sedikit himpunan lembut itu masakan seorang lelaki mampu mengasihani seorang kekasih,ibu mahupun keluarga... hati kecil aku terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita, seorang wanita yang menjadi sahabat aku dari dulu sehinggalah sekarang...beliau seorang wanita secara dasar dan zahirnya seorang yang sangat cantik...sesiapa sahaja akan melirikkan mata tatkala melihatnya berjalan...beliau sudahpun meniti ke angka 2 tahun alam perkahwinan...namun takdir memisahkan mereka... dari carita beliau suaminya mendera beliau secara fizikal dan metal. Kata beliau suaminya menggunakan duitnya hartanya dan kepuasan nafsu semata-mata tanpa memikirkan anak dan beliau. Untuk makluman beliau sudah memiliki anak yang berusia 2 tahun... Tuhan mahu tunjukkan jalan kepada aku.. baru-baru ini ketika aku pulang ke melaka, aku terserempak dengan suaminya...untuk pengetahuan suaminya juga sahabat aku...aku bertanya apa cerita kisah kau dan dia... tanpa segan dia bercerita... kata dia hati suami mana yang tak hancur bila melihat si isteri bersama lelaki lain. Ya benar aku tidak kerja sehebat dia (lelaki)itu. kalau aku ini miskin habiskan duit dia masakan aku mampu pinang dia dengan RM25,000 amer. Masakan aku mampu membeli sebuah rumah (2 tingkat) untuk kami, kereta (perdana) untuk dia, duit dan emas jangan cakap semua untuk dia. Suami mana yang tidak sayangkan isteri? Suami mana yang mahukan hidup keluarga mereka tunggang langgang. Ayah mana mahu lihat anak menderita? cuba kau bagitahu aku? Tergamam aku mendengar. Ada benar cerita dia. Kalau begitu kenapa pula isteri kau mahu menabur fitnah? kata suami itu "kalau aku menabur fitnah kenapa keluarga dia membantu aku? kenapa keluarga dia lebih percayakan aku dari anak kandungnya sendiri? Kenapa emak dia datang kepada aku? kau boleh fikir amer...siapa yang salah? kalu kau tak percaya kau boleh tanya mak dia sendiri". terkejut terkesima terkedu aku melihat dan mendengarnya....aku tanyakan benar kau pukul dia ? Ya memang benar amer aku pukul dan tampar dia... "ada kau tanya dia kenapa aku tampar dia? " tidak jawap ku" " Amer kalau kau ditempat aku, kau juga buat perkara yang sama... Bila kau tahu isteri kau bersama jantan laki lain mereka bercinta dibelakang aku...mereka seumpama suami dan isteri. Isteri aku sanggup menipu kononya kuar utk outstation tapi mereka bercengkerama di belakang aku....malah disaat terkantoi dia menidakkan perkara itu. lebih marahnya aku dia sudah pun memfailkan tuntutan cerai....menangis aku amer, merintih aku mahligai yang aku bina lenyap kerana isteri aku hanyut dibuai kesenangan dunia..." sekarang aku mengerti mengapa suaminya mendera secara fizikal dan mental... kata sahabat dan rakan karib aku yang lain... setelah 2 bulan mereka bercerai si wanita atau perempuan itu akan berkawin melihat kepada status FACEBOOK... melihat gambar2 mereka sebenarnya mereka sudah menjalinkan hubungan 1 tahun yang lepas. Semoga si lelaki tabah menghadapi dugaan ini... melihat dari gambar mereka. tidak dinafikan si lelaki baru itu kacak sedikit.... Namun aku kira hati bekas suaminya jauh lebih cantik suci dan menarik...sebab dia buat semua itu kerana SAYANG... aku doakan mereka bahagia dengan jalan mereka pilih... yang penting jangan biarkan ANAK itu terabai... Salam Ramadhan

Tuesday 19 June 2012

Kelebihan dari -Nya

Kelebihan Bila bercerita tentang kelebihan, saya kira semua orang ada kelebihan masing-masing. Namun secara sedar atau tidak ramai orang sekarang ini selalu menyalahkan tuhan mereka kerana tidak diberikan kelebihan. Perasaan menginginkan lekebihan ini terjadi apabila wujud persaingan di sifat cemburu didalam hati kita melihat kesenangan dan kelebihan orang lain. bila becerita akan kelebihan teringat aku sebuah kisah. Dulu aku selalu menyalahkan takdir kenapa aku tidak diberikan kesenangan seperti orang lain. Aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang keluarganya kaya,senang, dan sentiasa memiliki kasih sayang. tapi nak kata aku kaya jauh sekali, nak kata senang kira ok-ok sahaja, tapi bila bercerita kasih sayang susah nak cakap. Aku tak menafikan hak menerima kasih sayang dari ibu saudara, bapa saudara, kawan-kawan, sahabat, cikgu dan masyarakat. Kasih sayang yang aku tuntut ketika itu dari insan yang bernama AYAH. Ya, memang benar ayah aku atau panggilannya papa tidak pernah sekali menaikkan suara atau jentik aku apatah lagi pukul. Namum kelebihan yang ingin aku kongsi kepada semua bila papa aku tidak memberikan kasih sayang.Kasih sayang dari seorang ayah yang aku ingin rasa sehingga saat ini seperti cuci kereta,berkebun, tengok bola dan apa sahaja aktiviti anak lelaki bersama ayahnya. Aku sedeh aku kecewa aku cemburu bila mana melihat ayah orang lain bersama anak-anak begitu mesra.Anak akan dimarah bila buat salah, anak akan dihukum bila tinggalkan solat. Papa jauh sekali, tidak pernah ambil tahu semua tu malah dia tinggalkan aku disaat aku masih mentah. Dibiarkan kami dikampung ditinggalkan sepi tanpa berita, tanpa ceita. Aku kaku menjalani kehidupan tanpa dia dan kehidupan aku hanya bersama mama. Kesian kat mama hari-hari bangun seawal pagi menyediakan juadah untuk jualan... erm sorang wanita yang bekerja di sektor korporat akhirnya kembali ke kampung dek kerana suami yang lalai dan sikap tamak dalam perniagaan akhirnya meruntuhkan nilai kasih sayang sesama keluarga. Bersama mamalah aku membesar diberi kasih sayang. Aku sedih bila lihat kawan-kawan yang ayahnya ambil hantar dan berjemaah di masjid bersama. Tapi aku sepi seorang diri. Papa andai kau baca cerita ini bukan niat aku salahkan papa. Cuma aku sekadar berkongsi. Papa kalau kau tahu kenapa abang jadi begini sebab abang marah abang nak papa rasa apa yang abg rasa sakit kecewa sedih bila di hina dicaci dengan panggilan " kau ni bangkai tak layak hidup, kau sama macam ayah kau" abang jadi sedih. semua berpunca bila pap tinggalkan kami di kampung. Orang panggil abang "hye anak janda" "hye pondan" "itulah anak sapa tu, bapa dia tak tahu nak bela" ayat-ayat tu semua buat abang rasa bodoh dan hina. Ye memang abang lembut tapi abang ada hati papa. abang memberontak, abang salahkan tuhan kenapa takdir abang begini kenapa papa tinggalkan kami. Kami susah, kami sengsara, kami daif.... Namun papa abang dah sedar Tuhan tidak memberikan kelebihan dari sudut ini tapi Allah swt sentiasa memberi kelebihan dari sudut lain. kasih sayang sebenarnya banyak yang aku terima. Mama, ibu,ayah, pak long, mamak, mak e, mak zainah, tok ngah, pn norzlin,busu, ibu ati, adik aku. terima kasih. kasih sayang kalian sentiasa mengingatkan aku masih bekeluarga. Papa, balik akhirnya setelah hampir 5 tahun papa kembali. namun aku sudah memiliki perasaan untu disayangi atau di kasihi. aku ada mama. Papa kalau papa baca coretan ini abang minta maaf. Abang sayang papa sebab hanya tanggungjawab sebagai seorang anak. berikanlah abang masa untuk terima semua ini. Ya Allah aku bersyukur dengan kelebihan yang diberi. Aku mohon keampunan kerana selalu menyalahkan takdir-Mu. Kini aku sedar melalui ujian dari-Mu itu aku mula matang dan menjadi seorang yang berfikiran positif. Kau berikan aku kelebiahan untuk berkongsi erti kehidupan. Kau berikan kesempurnaan kasih sayang dari sudut lain. Terima kasih Allah. Hamba akan sentiasa menjaga kesucian hati ini untuk tidak mengulangi kekilafan lalu. Amer 10.10 pagi 20/02/2012

Sunday 17 June 2012

kawan baru

Lama dah tak menulis di blog sendiri... asyiklah tengok blog orang. erm untuk pengetahuan semua aku dah mula bekerja sebagai pegawai projek (n41) di universiti malaya... erm bukan UiTM walaupun sentiasa dihati hehehheeh...aku selesa and happy bekerja disini. macam semua orang tahu aku ni garang and tegas. tapi bila sampai disini aku tak setegas mana. Mungkin aku masih belum dapat menserasikan diri lagi bersama UM. Tapi aku akan cuba yang terbaik. Kat sini aku ada ramai jenis kawan skematik, lucahtik,egotik,rajintik,poyotik and slambertik hahhahahah new words penjahanamlah aku ni... hahhaha sebelum terlupa aku ni pegawai di UNit Monograf dan Terjemahan Bahasa Melayu hehehhehe hancur kot bahasa aku... apapun aku ni rajin. balik semula pada kawan-kawan aku disini walaupun mereka ni perangai yang macam-macam tapi mereka ni sgt supportif and best...aku tak kisahlah ada diantara mereka tak suka sesama mereka tapi aku kawan semua sayang semua hehehheheh alamak masa kerja buat blog.. ko mampu

Thursday 16 December 2010

Tengok wayang

ini bukan kali pertama kau tgk wayang entah yang ke berapa ratus kali...
kali pertama aku tgk wayang masa umur aku 6 tahun klu tak silap kay Kl
masa tu cerita kartun "ninja turtle". paling penting masa tgk aku minta mak aku tukar cerita lain... maksudnya aku borink.
sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku baru lepas tgk cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan org melayu kita.. tak perlu nak pertikaikan arahannya...
cuma nak kongsi yg ceritu dan tajuk tu tak ada significant langsung....
yang penting aku tido bila melihat lawak yang sama dan aku pelik org kat panggung yang paling besar kat MBO tu ketawa berdekah2 setelah melihat lawak yang sebenarnya membodohkan org melayu.... RM 10 yang aku tabur walaupun kecik tp buang duit sebab keadaan dlm panggung macam kat pasar dengan budak2 menangis...
yang org tua tak nampak...yang kekasih main kaki.... macam2 lah...
yang penting Malik dan MOhd afifi ketawa.... terbahak2... tahnia buat kalian

Sunday 11 July 2010

first time

ermm
today my first time im write down this page by using english.......
my be i will create mistake but....as we know im still learning....
by the way pray for me...hahahhahahahh
today EVERYTHING become disaster...
im faced a lot of problem...
i left my fail
i late to the class
but im wearing new cloths.....
i like it....
ok i got to go...
see u
bye guys!!!!!!1

Monday 8 March 2010

manusia tak mengenang budi

Hari ini aku lepak dengan kawan lama aku...
shishi...
dia berbaju bunga-bunga ros.. bertudung kuning emas..
lama tak nampak dia..
di dah tukar course....nak buat macamana berpisah jua akhirnya......
lama tak dengar khabar dia... katanya nak masuk biggest loser UiTM Bandaraya Melaka.......
ni nak cerita satu perkara tentang sikap manusia...
hari ini aku ada kenal seorg kawan yang tak berhati perut hanya mementingkan diri sendiri...
walaupun aku tak ada kena mengena dengan aku.... tapi bila kawan-kawan aku terkena..
aku rasa tempiasnya.....
demi dia....
kawan-kawan aku sanggup pindah rumah...
demi dia budak-budak rumah sanggup cari rumah yang single storey sebab parent dia tak bagi duduk rumah yang ala-ala pangsa...
paling penting kuar rumah tak bgthu... dah duduk sebulan baru bgthu.... nak pindah...
sapa nak bayar RM600.00 elok-elok bagi 4 sekarang terpaksa bagi 3....
tak kisahlah sangat tentang duit walaupun kawan-kawan aku tak sekaya dan tak semampu dia....buat pengetahuan budak ni dah pindah dan duduk kat taman baru....
tapi katanya klu dapat rumah lain dia tetap nak duduk dengan kawan-kawan aku..... so
disebabkan tu kawan-kawan aku pun berinisiatif mencari rumah memenuhi kehendak dia..
tiba-tiba.... hari ni dia kata dia tak nak pindah dari rumah baru dia....
penatlah kawan-kawan aku mencari rumah...
tanpa berperi kemanusiaan......
katanya... susah nak angkat barang...
sudah lah cukup.. jgn menganiaya kawan-kawan yang angkut ko... waktu ko tak ada kawan...
buat kawan-kawan aki banyakan bersabar.....

Permulaan baru....

sekarang aku....
dah dapat
hidup baru...... aku ada kawan baru........
nama dia puteri hang lipur.....
dia akan sentiasa bersama kau tak kira masa...
nak-nak lagi....
bila nak pergi kelas....
aku sayang dia sangat... tanpa dia hidup aku tak bermakna.....
aku sentiasa perlukan dia...
aku tak akan marah....
aku takut nanti hati dia rosak...
bila hati dia rosak...... pasti dia tak akan bersama aku.....
hanya tuhan sahaja yang tuhan bertapa aku bersungguh-sungguh berterima kasih buat ayah aku..... kerana..... memperkenalkan aku pada puteri hang lipur...
PHL 1401.....inilah dia puteri hang lipur i.....
berkulit hitam itulah dia kereta aku.....